Assalamualaikum.....
Selamat Datang ke DiraBakers....
DiraBakers menerima tempahan Kek, Cupcake, Muffin utk pelbagai majlis......
Sebarang tempahan , sila hubungi 012-4221634/0125829155(sms) @ Email munirabaharum75@yahoo.com

Khamis, 16 Jun 2011

Sekadar Ingatan...

Thaniah Sulaiman ثا نيه


Taubat

Assalamualaikum shbt2 yg dimuliakan oleh Allah s.w.t..Semoga Allah sentiasa mengampunkan dosa2 kita dan menerima taubat kita serta menjdkan kita diklngn org2 yg beriman, Insya Allah. Topik " BAHAYA MENANGGUHKAN TAUBAT"..amt menrk perhatian saya krn ki...ta sudah menghampiri bulan yg plg mulia di sisi Allah s.w.t. iaitu Bulan Ramadhan. Persedian utk menyambutnya perlu dilakukan sekrg umpama menyambut tetamu yg sgt kita nanti2kan, kita cintai dn agung2kan yg mana hanya sudi menyengah kita sekali dlm setahun. Bukan senang dpt bersua muka dn bertentang mata dengan 'Ramadhan', tetamu yg sangat kita harap2kan didalam hidup kita untuk berbual, berjenaka, dan berhibur dgn'nya'. Sudah semestinya kita perlu menyiapkan segala kelengkapan dan segala hidangan agar dia tidak kecewa bertemu dgn kita. Perkara utama yg perlu kita lakukan ialah pembersihan diri dr segala kekotoran dan dosa2 yang mana akan menyebabkan 'Ramadhan' tdk menyukai dn tidak menyenangi kita. Lantaran itu dia akan meninggalkan kita sebelum sempat kita bermesra dengannya. Sesungguhnya bahaya yang ditakutkan dari tindakkan suka menangguhkan dan mengakhirkan taubat, ialah dosa itulah mulanya menjadikan kerasnya hati, dan akhirnya akan datang kebinasaan dan kecelakaan, nauzubillah. Oleh kerana itu janganlah kita melupakan kisah iblis yang mulanya mempunyai kedudukkan baik, ahli ilmu dan ibadah, tetapi kerana dosanya maka akhirnya ia jatuh kepada keadaan sangat hina dan kufur. Apatah lagi kita yg bkn ahli ilmu dan bkn ahli ibadah???? Adalah menjadi kewajipan kita menyedari dan bersungguh2 dalam beramal, mdh2an dpt menanggalkan akar2 Isror iaitu tdk mahu bertaubat dari hati, dan dpt membersihkan badan kita dr dosa-dosa dan jangan sekali2 merasa aman dari keras hati yakni membatu tidak dapat menerima nasihat yang disebabkan dosa dan renungkanlah keadaan diri, jika ada dosa maka bersegeralah bertaubat, dan jika selamat dari dosa bersyukurlah kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan ibadat taat. Jangan sia2 kan kedtngn Ramadhan sprt thn2 yg lalu, kemungkinan besar tahun ini adalah tahun terakhir dlm hidup kita. Nilai kehidupan manusia yg paling mulia ialah pada bulan Ramdhan jika dia beriman dan bertakwa, tetapi manusia menjd tersgt hina dan rendah jika mrk kufur kpd Allah dlm bulan Ramadhan. Rebutlah peluang ini dengan penuh persiapan penyucian dosa dan kita sdh bersih dan bersedia menyapa RAMADHAN..Semoga tazkirah ini memberi manfaat pd saya, keluarga dan sahabat2 saya yg sngt saya kasihi.. Insya Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...