Thaniah Sulaiman ثا نيه
sambungan taubat II
Pembahagian taubat ke 3...Dosa antara kita dn manusia. Yang paling susah dn berat kerana ia bersangkutan dgn lima perkara: 1. Urusan Harta 2. Urusan Diri 3. Urusan Perasaan 4. Urusan kehormatan 5. Urusan Agama Contohnya: memakai b...arang orang tanpa kebenaran, khianat, memalsu, mengurangkan timbangan, memeras, menindas orang dn lain2. Untuk membersihkan dosa-dosa ini maka wajib bagi kita mengembalikan hak-hak tuannya selain dr rukun taubat yg tiga yg kita telah bincngkan. Kalau kita tidak mampu kerana tidak ada wang maka perlu kita meminta halal darinya. Kalau ini jugak tidak mampu kita laksanakan kerana kemungkinan orang yang terlibat sudah tidak ada di dunia lagi atau kita tidak dapat mencr warisnya maka hendaklah kita banyak-banyak bersedekah untuk orang berkaitan. Jika demikian jugak tidak dapat kita lakukan maka banyakkan lah beribadah supaya bila tiba hari perhitungan nanti cukuplah kebaikkan kita yang akan dituntut oleh orang berkenaan..InsyaAllah Kemudian pohonlah dengan kerendahan hati lahir dan batin agar Allah menjdkan orang yang berkenaan redha kpd kita pd hari kiamat. Dosa yang bersangkutan dengan kezaliman keatas diri orang lain, seperti bunuh atau fitnah maka hendaklah kita memberi kesempatan kpd nya atau warisnya kesempatan atau peluang utk membalas atau memaafkan. Jika itu tidak dapat dilaksanakan maka kembalikan lah kepada Allah dan memohon agar Allah menjadikan pihak terbabit redha kepadamu. Kezaliman seperti menyakiti perasaan orang lain seperti mengumpat, memfitnah, memaki, menuduh, maka disitu ada tafsil (perincian) maka jika mengumpat, menuduh, memaki orang, memfitnah maka hendaklah kita memberitahu pd org yang mendengarnya bahawa sebetulnya kita tlh melakukan kesalahan diatas ucapan tersebut. Tetapi jika tidak mungkin dilakukan krn dikhuatiri akan menambah keburukkan atau kemarahannya , phonlah kpd Allah agar dia rehai kpdmu. Memohon kemaafan, dn menggantikan segala kesakitan yg ditanggung olehnya. Memperbanyakkan istighfar utknya. Kezaliman dalam hal membabitkan agama, sprt mengkufurkan, membida'ahkan, menggolongkan orang sebagai penganut atau fahaman sesat, maka cukup susah utk mencr penyelesaian, krn mesti mengakui kebohongan dlm setiap perkataan dan selanjutnya meminta maaf. Dalam hal ini apabila dapat meminta redha dr orang berkenaan, maka pohonlah. jika tidk mungkin maka kembalilah pd Allah dgn rendah diri dan pohon dgn sepenuh hati dgn memperbanyakkan sedekah kpd org fakir miskin dgn harta halal agar pihak terbabit meredhaimu. Sedekah bg pihaknya. InsyaAllah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan