Assalamualaikum.....
Selamat Datang ke DiraBakers....
DiraBakers menerima tempahan Kek, Cupcake, Muffin utk pelbagai majlis......
Sebarang tempahan , sila hubungi 012-4221634/0125829155(sms) @ Email munirabaharum75@yahoo.com

Selasa, 27 Disember 2011

Assalamualaikum...
Hamboi...baru ada mood utk N3 bahan2 yg dh banyak tertinggal...lama betoi la...moh kita terjah apa bahan paparan hari ni..
Kek Butter Oreo...menjadi pilihan utk besday gurl ni....NUR ADRISYA NORDIN..
Ibunya hanya sempat bt kek ni je disebabkan kebizian ibu dgn menyiapkn oder2 dr cust. insyallah tahun hadapan ibu bt yg besar dr yg ni ye...ibu doakan NUR ADRISYA NORDIN menjadi anak yg solehah..bijak..dan berjaya dalam apa jua yg anak ibu lakukan...muahhhhhhhhhhhh....ibu sayang "adik"



Jamuan ringkas...

Ahad, 20 November 2011

Kek Karamel Coklat Moist Mira...ngancemmmm...

Assalamualaikum...alhamdulillah dtg juga semangat utk N3 hasil tgnku ini...mira sebenarnya bkn xnk N3 ape2 cuma kdg2 tu ms yg ada terhad sbb kesibukan harian...ok utk ms yg ada skrg mira nk tunjukkn sesuatu yg istimewa utk semua..
Kek yg istimewa bt diri mira...hasil gabungan kek karamel dn kek coklat moist...nama yg paling sesuai utk kek ni  ialah KEK KARAMEL COKLAT MOIST MIRA...
Mmg sedap la utk sape2 saja xkira usia...insyallah xkn menghampakn anda jika berani mencuba...

~kek coklat moist~ (resepi munira baharum)

bahan A:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
1 cwn gula (xsuka manis letak 1/2 cwn je dh ok)
1 cwn minyak msk
*semua bhn di atasgaul sebati n msk atas api perlahan...
*rehatkan kejap bila bhn dh sebati...

bahanB:
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
*semua bhn ni diayak k...

bahanC:
4 bj telor (blender jer)

cara:
satukan bhn B dan C ke dlm bhn A...
secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...
dh sebati...ketepikan...


utk karamel:

bahan2:
2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")...
kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye...
jadikan gula hangus supaya kek xmelekat pd loyang...

bhgn atas (karamel):
1/2 tin susu cair
50gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
(kacau sebati lembut je...jgn sampai jd buih ye)

cara:
tuang bahan karamel dlm loyang gula hangus td...
bakar sekejap dlm oven dgn kaedah bain marie (letak loyang kek dlm loyang berisi air di bwh)...agak2 15 minit camtu, utk pekatkan sket karamelnye tu...
kuarkan dr oven...tuang adunan kek atas karamel...
pastu bakar cara bain marie gak selama 1 jam @ sampai msk...suhu 160c...
kuarkan dr oven...rehatkan dlm 15-20 minit baru terbalikkan...

**jgn terbalikkan masa panas2 nnti karamelnye pecah**

**pastikan karamel agak beku ye baru tuang adunan...kalo x nnti mmg bercampur lerr ngan karamel tuuu...

**karamel tu nk kukus pon boleh je...dh letak adunan kek baru bakar...

Rabu, 19 Oktober 2011

Karipap Rangup..

Assalamualaikum...
Petang yg sungguh dingin dan mendung ini perut asik menyanyi2 lagu keroncong ajo.Tapi xpe oleh sbb angin "R" ada ari ni mira dah pon siapkn kuih kegemaran mira "Karipap Rangup". Sebelum ni dh banyak resepi mira cuba tp xmenepati selera mira. Untuk kali ini mira mendapatkn hasil yg sungguh sedappppppppp.....
Jadi resepi utk kulitnya yg rangup dan sedap ini mira amik dr MyResepi, resepi dr hana. Kebanyakan komen memuji kesedapan karipap hana ini...Tapi intinya mira buat dgn cara mira sdr je..
Hana mintak halalkn resepi ini dan mira jg mintak izin utk tempekkn resepinya kt ruangan mira ye...^_^




Karipap Rangup

By : hana6877@myresipi.com 


Bahan-bahan ( 20 biji )
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam 
  • air 
 Cara Membuat Kulit
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim. 

Inti Kentang
By: mira
 
Bahan-bahan inti:
  • 4 biji kentang sederhana besar
  • 250g daging cincang
  •  daun sup cincang halus
  • 2 sdm rempah kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bwg besar
  • 1 ulas bwg putih
  • garam
  • gula
  • air 
Cara membuat inti: 
  1. Kentang dikupas kemundian dipotong dadu dan ketepikan.
  2. Potong dadu bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 ini hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuhdgn air tadi dan kacau rata. Kemudian masukkan daging cincang dan jg kentang, gaul rata. Masukkn pula air, garam dan secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan daging masak dan air kering. Kemudian tutup api dan taburkan daun sup.
  3. Bila inti telah sejuk, boleh la mulakan mencanai doh kulit yg telah dibulat2kan mengikut saiz yg dikehendaki. 
  4. Masukkan inti dlm doh yg dicanai tadi. Guna acuan karipap utk tutup serta kelim.(hehehe...xpandai kelim secara manual daaa)
  5. Goreng dengan minyak yg penuh dan guna api sederhana. 
  6. Tarraaaaa...dh siap tunggu apa lg makan la...
Selamat Mencuba...

Rabu, 12 Oktober 2011

Assalamualaikum...
Ya Allah... dh lm mira N3 kt sini...bak kata org utara "makan bulan"....maaf la lantaran kesibukan yg xdapat dielakkn. Tp Alhamdulillah hari ini dpt jg mira mskkn sedkit dr aktiviti yg berjln selama ini...
Jadi hari ini mira N3 oder dr Lisa.. iaitu CupCakes Choco Oreo...


Oder dr Lisa...tq Lisa

 

Selasa, 23 Ogos 2011

SALAM AIDILFITRI...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah kita semua menyambut hari lembaran Aidil fitri pada tahun ini sekali lagi, dengan itu Mira memohon maaf dan ampun sekiranya Mira ada melakukan kesalahan & kesilapan samada dalam keadaan sedar ataupun tidak.Mira berharap agar keakraban persahabatan persaudaraan kita kekal ke akhir hayat kita. amin....

Selasa, 9 Ogos 2011

CupCakes Chocolates

CupCakes Chocolates...
Oder dari Yatie Hospital Seberang Jaya...TQ ye...


Isnin, 1 Ogos 2011

Sabtu, 30 Julai 2011

Oder....Japanese Cotton Cheese Cake

Oder dr Wan
Japanese Cotton Cheese Cake

Super Moist Eggless Chocolate Cake a.k.a Kek Coklat Moist Tanpa Telur....

 Macam-macam ada.... sedap dan sedap dan sedapppppp.....jom kita try test tengok...mintak izin ye tuan empunya resepi yg marbeles gitu...DJ nama fofularnya...


Super Moist Eggless Chocolate Cake


bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

    Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...