Assalamualaikum.....
Selamat Datang ke DiraBakers....
DiraBakers menerima tempahan Kek, Cupcake, Muffin utk pelbagai majlis......
Sebarang tempahan , sila hubungi 012-4221634/0125829155(sms) @ Email munirabaharum75@yahoo.com

Rabu, 19 Oktober 2011

Karipap Rangup..

Assalamualaikum...
Petang yg sungguh dingin dan mendung ini perut asik menyanyi2 lagu keroncong ajo.Tapi xpe oleh sbb angin "R" ada ari ni mira dah pon siapkn kuih kegemaran mira "Karipap Rangup". Sebelum ni dh banyak resepi mira cuba tp xmenepati selera mira. Untuk kali ini mira mendapatkn hasil yg sungguh sedappppppppp.....
Jadi resepi utk kulitnya yg rangup dan sedap ini mira amik dr MyResepi, resepi dr hana. Kebanyakan komen memuji kesedapan karipap hana ini...Tapi intinya mira buat dgn cara mira sdr je..
Hana mintak halalkn resepi ini dan mira jg mintak izin utk tempekkn resepinya kt ruangan mira ye...^_^




Karipap Rangup

By : hana6877@myresipi.com 


Bahan-bahan ( 20 biji )
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam 
  • air 
 Cara Membuat Kulit
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim. 

Inti Kentang
By: mira
 
Bahan-bahan inti:
  • 4 biji kentang sederhana besar
  • 250g daging cincang
  •  daun sup cincang halus
  • 2 sdm rempah kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bwg besar
  • 1 ulas bwg putih
  • garam
  • gula
  • air 
Cara membuat inti: 
  1. Kentang dikupas kemundian dipotong dadu dan ketepikan.
  2. Potong dadu bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 ini hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuhdgn air tadi dan kacau rata. Kemudian masukkan daging cincang dan jg kentang, gaul rata. Masukkn pula air, garam dan secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan daging masak dan air kering. Kemudian tutup api dan taburkan daun sup.
  3. Bila inti telah sejuk, boleh la mulakan mencanai doh kulit yg telah dibulat2kan mengikut saiz yg dikehendaki. 
  4. Masukkan inti dlm doh yg dicanai tadi. Guna acuan karipap utk tutup serta kelim.(hehehe...xpandai kelim secara manual daaa)
  5. Goreng dengan minyak yg penuh dan guna api sederhana. 
  6. Tarraaaaa...dh siap tunggu apa lg makan la...
Selamat Mencuba...

Rabu, 12 Oktober 2011

Assalamualaikum...
Ya Allah... dh lm mira N3 kt sini...bak kata org utara "makan bulan"....maaf la lantaran kesibukan yg xdapat dielakkn. Tp Alhamdulillah hari ini dpt jg mira mskkn sedkit dr aktiviti yg berjln selama ini...
Jadi hari ini mira N3 oder dr Lisa.. iaitu CupCakes Choco Oreo...


Oder dr Lisa...tq Lisa

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...