Assalamualaikum.....
Selamat Datang ke DiraBakers....
DiraBakers menerima tempahan Kek, Cupcake, Muffin utk pelbagai majlis......
Sebarang tempahan , sila hubungi 012-4221634/0125829155(sms) @ Email munirabaharum75@yahoo.com

Khamis, 7 Jun 2012

Red Velvet Cake

RED VELVET CAKE @ RVC...mmg panas dpasaran skrg..penah terai banyak resepi tapi masih xngam ngan citarasa...keinginan utk mencuba lg tu masih ada so dgn itu mira menjengah dari rumah ke rumah utk menyiasat akn resepi RVC ni...resepi kebanyakkan sama ja cuma sukatan je ada yg berlainan..so tibanya mira ke rumah kak zuraini alias(semanisgula)..mira terus teruja nk salah satu resepi yg ada kt situ...dgn semangat yg berkobar2 apa lg dgn adanya semua bhn2 yg diperlukan tu kt umah...mlm tu jg mira mengodek RVC tu sorang...walaupun rasa gementar tu ada tp mmg dh nekad...dannnnn
hasilnya taraaaaaa....mmg menakjubkn mmg gebus gitu..xtipu tau..betul ni..xcaya ok tgk ni..


ini la hasil bedah siasat...pearghhhh...

 lembab..gebus..sedapppppp

oklah xmao bising ni hah! mira sertakan resepi...Kak Zu saya mohon c/p kt sini ye..

Sumber: kakzusemanisgula

* resepi ni utk loyang saiz 9

RED VELVET (RVC)
5 biji telur
250 gram mentega
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko powder
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright
1 cawan buttermilk
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  cuka makan @ cuka epal

CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan.
6. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak

KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

atau

500 gm creamcheese
250 gm butter anchor
250 gm gule icing
Putar hingge sebati

NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.





1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...