Assalamualaikum.....
Selamat Datang ke DiraBakers....
DiraBakers menerima tempahan Kek, Cupcake, Muffin utk pelbagai majlis......
Sebarang tempahan , sila hubungi 012-4221634/0125829155(sms) @ Email munirabaharum75@yahoo.com

Isnin, 18 Julai 2011

Kesilapan di bulan Ramadhan

 

Kesilapan di bulan Ramadhan

Alhamdulillah kita semakin hampir dengan satu bulan iaitu bulan Ramadhan yang amat dinanti2 kan oleh kita semua. Tetapi sedar ataupun tidak amalan yang kita lakukan sehari-hari tidak menepati piawaian yang telah pun diberi garis panduan oleh Allah s.w.t. Marilah kita renung-renungkan agar segala bentuk amaln yg kita lakukan itu akan mendapat keberkatan dan mencapai target kita iaitu 'taqwa'..yang mana firman Allah s.w.t. yang bermaksud; " Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu...."


Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh
orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah,
bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah  semakin tiba. Pada bulan ini Allah
mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di
bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba
melakukan kebaikan dan amal ibadah
Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti merekabukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumbadalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknyamereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat

sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;
anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga
ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat
ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya
tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama
aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung. Marilah kita merebut peluang untuk bertaubat dan melakukan perubahan pada bulan Ramadhan ini untuk menutup aurat sebagaimana yang diperintahkan dan diwajibkan ke atas kita. Mudah2an bulan ini memberi seribu makna dan seribu sesalan buat kita. Sempurnakan aurat mu wahai muslim dan muslimat.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD. Tidak menjaga pancaindera yang Allah kurnia kan kepada kita dengan menggunakan nikmat mata untuk melihat sesuatu yang melalaikan. Perbanyakkanlah membaca al-Quran.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan
peluang mendapat pahala berganda-ganda. Duit dicari disamping itu kita meninggalkan amalan-amalan yang wajib dn sunat yang mana blh mendatang pahalan dn ganjaran yang lebih besar dibulan Ramadhan. Terawih, bertadarus, berzikir dan amaln2 lain diabaikan dengan alasan bulan rezeki. sepatutnya kita pandai dn bijak dalam melaksanakan tuntutan dunia dan amaln akhirat.

5. Semakin cepat marah
sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya
banyak bersabar. Kawal segala pertuturan yang sia-sia dan pergaduhan dibulan yg mulia. Banyakkan bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Matlamat puasa adalah untuk mendidik nafsu tidak akan tercapai sekiranya kita menjamu nafsu dengan makanan2 yang banyak dn membazir, Lebih baik bersederhana.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun

Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada
para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang
berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan
yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang
lainnya;

Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan
perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan
dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan
dan kedudukan puasa Ramadhan
sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan
Ramadhan Al-Mubarak;
"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika
kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)
Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah,
nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar

solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam
solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu
sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an,
padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah
(tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara
dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;
Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalamsolatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belumsolat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja;
dan juga
Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan. Masalah jemaah yang bersolat dimasjid amat2 mendukacitakan kerana tidak diisi dengan ilmu yang mencukupi. akhirnya solat menjadi batal dan tidak mendpat pahala jemaah. Ramai wanita2 berlumba-lumba menghadiri solat-solat jemaah dengan tidak menjaga diri dan adap2 ke masjid. Mereka hadir dengan berwangi-wangian, berhias2 dan memakai pakaian-pakaian yang berlebihan2 pada tudung, jubah2 yang cantik serta telekung2 yang mahal2, akhirnya akan timbul riak dan mendpt dosa. hukum wanita hadir ke masjid adalah harus namun begitu solat dirumah itu lebih afdal dan lebih banyak pahalanya.


12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja. Bertadarus dengan laju dan matlamat utk khatam maka akan timbul masalah pada kesalahn2 pd bacaan. sepatutnya bulan Ramadhan akan mendapat rahmat sebaliknya mendpat laknat disebabkan kejahilan dalam ilmu tajwid.

13. Tidak mahu bersahur
"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur
bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
ini lagi satu tabiaat yang buruk yang sedang melanda orang-orang sekarang iaitu tidak mahu bersahur atau bersahur awal malam. Tabiaat ini mengundang bencana dan mengelakkan diri dari mendapat keberkatan dr Allah s.w.t. alasan yang diberi adalah susah nk bangu utk pergi kerja dan anak-anak nk kesekolah. Sekiranya kita pandai dan bijak dalam mengatur waktu sudah pasti tidak akan timbul masalah ini. Dalam islam tidur sebelum pukul 12 malam , kualiti jamnya adalah 1jam sama dengan 2 jam..dan selepas 12 malam kualiti jamnya 1 jam sama dengan 1 jam.Contohnya. tidur pada pukul 10malam. 10 ke 12..2 jam x 2 = 4jam, manakala pukul 12 ke pukul 4pagi sama dengan 4jam x 1= 4jam..jadi jika dicampurkan 4jam (sblum pukul 12) dan 4jam selepas pukul 12= 8jam  (Inilah kualiti jam mengikut islam) kita terlalu terpedaya dengan kiraan jam orang-orang kafir..wajib tidur 8 jam..maka kita tidur pukul 10 dan bangun pukul 6pagi. Dimana tahajud, solat taubat, solat istikharah, membaca al-Quran dan munajat pd Allah?????...Kita yang terpedaya.
Semoga Ramadhan yang hadir dalam hidup kita tahun ini boleh mebawa kepada ibadah dan taqwa yang amat-amat kita nanti2kan. Satu lagi tawaran istimewa yang allah sediakan kepada kita iaitu'MALAM LAILATUL QADAR'. Yang mana ibadah pada malam itu menyamai ibadah seribu bulan. Subhanallah. Carilah keuntungan akhirat melebihi keuntungan dunia yang tidak kekala dan tidak abadi. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...