Assalamualaikum.....
Selamat Datang ke DiraBakers....
DiraBakers menerima tempahan Kek, Cupcake, Muffin utk pelbagai majlis......
Sebarang tempahan , sila hubungi 012-4221634/0125829155(sms) @ Email munirabaharum75@yahoo.com

Sabtu, 30 Julai 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake a.k.a Kek Coklat Moist Tanpa Telur....

 Macam-macam ada.... sedap dan sedap dan sedapppppp.....jom kita try test tengok...mintak izin ye tuan empunya resepi yg marbeles gitu...DJ nama fofularnya...


Super Moist Eggless Chocolate Cake


bahan-bahan : loyang 6-7 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

    Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

    1 ulasan:

    1. kalau tak bubuh chocolate emulco boleh tak?? n resipi boleh buat tak utk kek karamel??

      BalasPadam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...